Monday, 12 December 2011


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

sAhAbAt seLamAnyA.....


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” ("_")


Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :





  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

Friday, 9 December 2011

18th birthday

haPy bufady to ur...
allah selamtkan kamu...
MCM2 lagu yg dinynyikn bila tiba detik 12 malm yg menandakan usia seseorg telah meningkat...




hmm....bgi aq xda mknanya bfday nieyh....tah la....kdg2 bila umur meningkat tp pragai still di takuk lama pun xgna gak...so ini mgkin petanda bahawa azam bwu akn muncul....

ya ALLAH....ya RABUL IZZATI...ya RAHMAN..ya RAHIM...aq mohon agar aq diberi nur hidayahmu agar aq dpt menyusuri kegelapn hidupku berpandukan cahayamu....aq ingin mnjadi anak yg taat dan soleh kpada org tuaku.....jga anak yg mampu memberikan kebahagiaan kpada mereka....bkan kebanggaan mereka yg aq mahu tp setangkai doa mereka sudah cukup bagiku....YA ALLAH...aq ingin melayari hidupku dgn berkat pimpinan cahayamu agr aq tidak mengikut tuntutan nafsu jahilku semata-mata...YA ALLAH...jadikan aq hambamu yg sentiasa bersujud dan taat padamu...Kurniakanlah insan yg mampu membimbing aq dan mampu membawa aq berada dekat dganmu YA ALLAH....agar aq jua bisa memperoleh kedudukan di dlm syurgamu...AMINN...semoga berkat MUHARAM ini mmberiku 1000 keberkatan..INSYAALLAH....

Thursday, 8 December 2011

b0lA....boLa.....

goAAAAAAAAAaLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!

ni la kerja aq bla da bola....jerit sana jerit sini.....klu mak mertua tgok xjadi nk wt menantu...heheheheh...time darjah 6(bkn jahanam k)aq mint gler kt pemain sowg ni...
smpai wat bku tntg idup dya g...hehehehe


  
 AIDIL ZAFUAN....mamat ni la yg aq mint gler....


nk dijadikn cerita time FORM 2 dlu da la sowg cikgu msuk...dya gnti PUAN ZAHERAN...cikgu tu nma dya CIKGU ADILIN BAKHTIAR....ala abg BADDROL...dya pgil aq zafuan coz member2 aq dlu cter kat dya sal mint aq 2....mlu doe....
Bila time dpt tw dya kwen ngn RITA...aq nangis xmw2...


Mama n Umi aq kta"hang ni truk la....teriak xmw2...bkn dya knal ang pun...tu   
                                koewteow tu..td xdak kuah...la ni da kuah plak...pastu
                                bwu prasan aiqmta jtuh la 2....heheheh"

Tapi aq still support dya....for the sake of HARIMAU MALAYA...


Abah aq ptong siarn sport kt ASTRO...sbabnya tok aq bagitw aq ska jga mlm untk tgOk games bola....aq ni MU FANS...tp xpa still support smua 2....


       
                                          TAHUN 2011



skang mint plak yg sorg nye....ehhehehehe....xla ensem..tp aq ska...skill dya ok la...aq mint gak la time tgok AFC ritu...time 2 dya bwu 20 thun.....


                                                      He my HERO


                                     MUHAMMAD ASRARUDDIN PUTRA OMAR....
                           (mint gler kt dya...as a favourite footballer k.....)        


JARINGAN ASRA YG MEMBUATKAN M'SIA MASIH BERJUANG UTK MENGGENGGAM EMAS SUKAN SEA 2011..



                               
tq pda yg still support HARIMAU MALAYA...to ULTRAS MALAYA...MALAYSIA FANS...still support them...even they are lose but they will win if their FANS still SUPPORT them......

        

Saturday, 12 November 2011

hOmE sWeEt HoMe

MyHoMeToWn MyHeAvEn

mmg bez ar dpt dok kmpg lma2.......tgat kt member2 lma dlu.....time kcik2...bla ptg kmiey mzti akn kuaq dqi umah msing2 pas2 berkumpul dpan umh tok aq.....then kmiey akn p men kt sungai....nk mndiey tkot jpg bla blik kna mqah plak...juz men aiq ja....ehhehehe....

pas2 rmai2 nk basikal.....bl aturun ja dqi bukit mmg klajuan basikal tu bertambah la...pas bla belok x lpas trus msok swah atuk saudara aq....suddenly smua akn bertaburan lari bla atuk saudara aq kejar....bez cgt....

time ni tingat my bro....klu la dya ada...


dya la yg akn tolong aq....ingat g bla sma2 terbabas waktu kmiey nek basikal..msok sawah
n then main selut....cm wat facial g2...heheheheheheh.



cousin2 aq...aq dah angap dpa cm adiq aq.....
skit dpa skit la aq
snyum dpa snym la aq..






So walaupun aq ni dibesarkn 100% di bandar tp aq still ley idup cra kmpg...bgi aq tgal t kmpg aman
xdak pncemaran cm bndar....

Monday, 24 October 2011

kamoooooooooo

yuhuuuuuuuuuuuuu..mlm ni bertolak blik kmpg...jmpa my nenda n ibu saudara..........dpt kuaq g mkn angin tepi laut gak smbil mnikmati prmndangan with my cousins....bez gler....excited cgt nihhhhhhhh..........

esok pgi nk bertolak g umah maklong plak kejap...nk g tgok persiapan kawen my lovely brother(abgchik)...ehehhhe....sdar x sdar dh nk kwen pun...klu la arwah abg teh msih ada msti dya la owg yg pling gmbira n pling sibuk mengutarakan idea2 bernasnya.....itulah ukhuwah yg terbina antara kami.....tolong-menolong mmg wajib ar bgi family besar kitaorg...heheheheh...

to my bro...lets me be ur photographer(walaupun xpnah blajar bidg ni).....ni kira bidang terjun la....nk wat cmne bla yg kwen 2 photographer...xkn nk ambik gmbr sndri kot...hahahah..

so wish ur happy with ur family will be.....

Thursday, 13 October 2011

kiSah pEnGoRbAnAn iBu dAn AyAh....(alfatihah untuk ADIK IQBAL FAHREEN)


 
 
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
 

Tuesday, 11 October 2011

mEncIntAi SeAdAnYa

jgn mencntai hnya luaran tp trimalah ia seadanya....krana cnta yg luhur lahir dari kesetiaan yg suci dalam keikhlasan menjaga amanah allah...krana sesungguhnya penerimaan terhadap kesempurnaan seseorang adalah paksi kpada perhubungan yg berkekalan di dunia jua akhirat.....

Friday, 16 September 2011

c!nTa aBaD!e



untuk CINTAKU....

              Aq tak pernah melihat rupa...tak pernah menilai pangkat dan kekayaanmu...tp aq menilai sikap jujur dan setiamu kepada allah...andai itu sudah sebati dengan jiwamu...
aq yakin yg engkau mmpu membimbingku....membimbingku menjadi seorang isteri yg solehah dan seorang ibu yg mulia pada pandangan anak2.....

Sayangku....

          aq jua yakin apabila engkau dekat dgn allah.....engkau jua mampu melaksanakan tanggungjawabmu dengan dibantu oleh syariat allah....sentiasa menjaga tulang rusukmu......sentiasa menjaga dan mendidik benih kasihmu untuk menjadi insan yg mulia pada pandangan pencipta....jika nur dan hidayah allah menerangi hidupmu maka bahagialah kita sehingga syurga allah....

         ingatlah wahai CINTA kau jua harus mencintai aq dengan setulus hatimu...janganlah memilih rupaku...kerana sesungguhnya rupa dan kekayaan itu hanya sementara.....tetapi kesetiaan yang ditunjangi keberkatan allah itu adalah segala-galanya...

TinTa,
        Syazwani Rahim

!bu kAuLaH SeGaLaNy@.........




waHai anak insaflah...andai masih ada ibu di hadapanmu sujudlah di kaki ibu......pohonlah kemaafan....pohonlah restu ibu......renungkanlah wahai anak....disaat ibu mengetahui bahawa ada lagi nyawa lain yg tertiup di tubuhnya si ibu sanggup mengharungi segala dugaan...demi anak yg akn dilahirkan.......apabila genapnya waktu si ibu berusaha meyelamatkan anaknya....biarpun nyawa ibu adalah gantinya tapi ibu tidak peduli....yang penting anak sentiasa selamat....wahai anak leteran ibu bukanlah leteran biasa tapi nasihat yg berguna......wahai anak marah dan pukulan dari ibu bukanlah kerana nafsunya tapi ia umpama didikan yg akan membentuk akhlak anaknya.....si ibu sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan kebahagiaan anak walaupun dirinya terseksa tetapi adakah si anak ini mampu menjadi insan semulia ibunya..........MAMPUKAH WAHAI ANAK???????????
MAMPUKAH WAHAI ANAK?????????????

Selagi roh masih di jasad cubalah membahagiakan ibu.....ibu tidak pernah meminta harta kekayaan anak tetapi ibu hanya meminta kasih dan belaian anak.......belailah ibu seperti ibu membelaimu dahulu wahai anak...

ingat anak seorang ibu mampu menjaga,mengasihi dan berbakti kepada semua anaknya tapi adakah semua anak itu mampu melakukan hal sedemikian kepada si ibu.....

KETIKA SI ANAK SEDANG BERSENDIRIAN DI TENGAH HENING MALAM CUBALAH SI ANAK BERIMIGINASI SEBENTAR MENGENAI PENGORBANAN IBU.....ANDAI ANAK TERSEDAR AKN KESALAHAN DIRI BANGUNLAH DENGAN LINANGAN MUTIARA JERNIHMU DAN BERLARI MENDAPATKAN IBUMU....POHONLAH KEMAAFAN DARIPADANYA....SESUNGGUHNYA SYURGA YANG DIJANJIKAN ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU....LIHATLAH BETAPA AGUNG DAN MULAI NYA SEORANG WANITA BERGELAR IBU..... 

Monday, 12 September 2011

Saturday, 20 August 2011

nota abah.....

susah sungguh si abah itu utk mndekati anak2nya....jka tegas si anak mla menjauhkan dri....tp jauh disudut hati terselit rasa syngnya kpada ank2 terutama puterinya...
bg insan bergelar abah...si puteri mereka hrus diberi perlindungn dri puteranya yg mdah berdikari...
tp itu sering disalah erti....

bgi mereka itu adalah amanah allah.....puteri kesayangan harus dijaga
dri disakiti orang....
dan apabila si puteri sudah mula mengenali cinta si abah mula risau.....
di fikirannya mampukah lelaki itu membahagiakan puterinya???

dan dlam kegarangan abah...atienya mula terusik tatkala ada insan lain dtg menyuntig puterinya....sygnya dya pda si puteri x akn kekal lama....
bgi abah biarlah dya yg menelan segala phit...
asalkan anaknya xprnah mengetahui....

utk melepaskn puterinya pergi adalah berbeza utk melepaskn heronya...
perginya si hero andai xkmbali maka syahidlah ia....
dan prginya si puteri bersama insan bergelar suami mmbawa harapan besar si abah utk melihat
puterinya bahagia....

senyman indah di bibir puterinya adalh kgembiraanya...
tp derita yg ditanggung si puteri itu akn merenyukkan hatie si abah....
dan apabila salaman peralihan kuasa bermula
mka terungai lah segala-galanya.....
disaat itulah kebebasan buat si abah tp ia adalah perkara yg mnyedihkan andai si puteri dilukai....
namun doanya agar si anak bahagia adalah utusan sejati.....

adakah si anak memahami perasaan itu???????????
bgi abah dya tetp mnyayangi anak2nya biarpun
sering mndapat cercaan anak2nya...
bginya itu adalah dugaan dlm melaksanakan amanah ALLAH....................

hirisan jiwa

AQ BENCI TGOK AIRMATA ANG....
AQ FED UP JADI KAWAN ANG.....

Bnda ni la yg buat aq bnci tgok mka dya......dya nk aq mtk maaf ngn dya tp aq xkn pnah lgi jilat apa yg org ludah kt dri ni......jgn sesakali dya ingt aq ni mdah utk dya ludah.....aq mmg xpnah sesekali benci org....tp kli ni dya dh btul2 cbar aq,,,,so....pa yg aq buat aq xkn tarik blik...

manusia cmni xpnah lyak utk buat kwan....
jgn ingt aq ni xkn pnah brubah.....
aq dh sering kna pjak kpala disebabkn kebaikan aq
tp kli ni jgn harap....

allah 2 maha adil....
setiap kali solat aq slalu berdoa
adakah tindakan aq ini btul??????
tpi itulah......aq tw tindakan aq ni salah...
biaq la aq maafkan dya tnpa siapa pun yg tw....
cmane aq maafkan cein......
krana sesungguhnya ya allah mereka adalh sahabatku.....
tp aq xsangka yg dya sngup wt cmtu....
awt hinakah aq bgi dya.....

aq sedar.....aq hnya manusia yg hidup dalam kesusahan....tp dya hidup dlam kemewahan....
aq xcerdik pemikiran tp dya pndai segalanya....
aq dan dya xlyak utk mnjadi kwan.....
status idop kmie berbeza.....
so....let the memory go....

Tuesday, 16 August 2011

iNgaTan aBaDiE

di kala kta susah....saudara sendiri pun xnk nk bntu.....inikan pula KWAN...itu yg abah slalu pesan..tp aq berdegil...aq kta xsmua KWAN cm2...tp abah kta tgoklah nanti...susah nk cri KAWAN yg sgup sush n senang dgn kta...tp akhirnya...kta abah terbukti...aq sendiri dh merasainya....aq hnya ada KWAN tuk senang ja tp bla sush KWAN pun cbut....ish2,,,,,,,,,,,,,,,itu ka KWAN....adakah KWAN itu hnya ska mengata dari mnyokong.....benarkah smua itu????????????????

so...pesanan aq kpd smua......

cari lah seseorang yg akn bersamamu tika sush dan senang....dan jgn pernah menganggap KWAN itu boleh ditukar gnti......apabila khidmatmu sbgai kwn sudah x diperlukn lg....xpe2...juz undur dri.....ALLAH 2 MAHA ADIL....dia yg tahu segalanya...

dia akn balas apa yg org wat kt kta......

biaq la kta mgalah.....disebalik kelemahan kta ada yg membantu kta......allah akn bntu kta.........

INSYAALLAH...berkat kesabaran kta menempuhinya..allah akn bals dgn sesuatu keajaiban......

Sunday, 14 August 2011

hawa untuk adam.........







Mungkin hanya kesedihan yang aku rasa waktu ini…hanya di sini saja yang dapat aku luah sumanya..tiada tempat lg yg aku mahu mengadu…sumanya dh xseperti dulu….

Perkenalan itu hanya satu persinggahan…yaa..kita akan meninggalkan suma yg kita cinta satu hari nnt..hanya Allah sahaja cinta abadi buat kita…walaupun perkenalan itu hanya sebentar namun meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri kita…

Tiada apa yg perlu difikirkan, diharapkan, dinantikan lagi jika apa yang kita lakukan itu hanyalah sia-sia…buat apa kita perlu bersedih dgn perpisahan itu jika dia pergi untuk mencari kebahagiaannya sendiri..biarlah dia mencari teman hidup yg terbaik buat dirinya..mungkin saja kita bukan terbaik buat dirinya..

Suma yang berlaku mungkin ada hikmahnya..dan mengajar kita lebih matang dalam mengenali seseorang…tidak perlu mengejar kesempurnaan jika diri tidak sempurna…mungkin saja Allah ingin menemukan kita dengan insan yang lebih baik..siapa tahu??

Ada baiknya jika aku lupakan suma yang berlaku..anggap saja tiada jodoh antara kita..pergilah kepada yang lebih sempurna di matamu…aku tiada apa-apa yang difikirkan terbaik untuk dijadikan suri dalam hidupmu…hanyalah manusia biasa yang xdapat lari dari kesilapan..

Pergilah..aku xmahu bersedih lg memikirkan dirimu…kau  masih boleh bergembira sedangkan aku setiap masa bersedih memikirkan apa yg terjadi…aku tidak menyesal mengenalimu tetapi membuatkan aq lebih berhati-hati dalam mencari nur cinta sejati.........

takdirmu.........

persahabatan ini bukan milik awk jua saya..tp ia adlh perancangn allah yg mengetahui segalanya...kerana dia saya mengenali awk..dan krana dia jua kita telah mengukir 1000 kenangan bersama.....tp ujian idop harus dilalui,,,kini saya diri saya ini sudah diganti.....biarlah masa berlalu...kenangan dahulu hya akn tersimpan kemas dihati.......aq redha dgn segalanya......andai ini dugaanmu aq terima....nur hatiku hnya terpncar apabila ada sinar kebahagiaan di wajah sahabat walaupun aq tiada di sisi mereka............

KENANGAN BERSAMAMU.........

hadirmu adalah segala-galanya....tatkala kau hadir hatiku gembira...kau adalah segala-galanya.....kau semangatku....abang,,aq ingat semasa kita sama-sama kehilangan WAN engkau adlah org yg sentiasa berada disisi aq...mengesat mutiara jernihku...

tp....aq msih ingt 17/10/2009...aq kehilangnmu....nyawaku bagai direntap...kau pergi dalam masa yg singkat...msih terngiang2 tawamu di telingaku..........

ya allah..aq kehilangan org yg aq syg hnya disebabkn kelalaian seseorg.....abg ,aq doakn kau bahagia di sana....

YA ALLAH TEMPATKANLAH DIA DI TEMPAT ORG2 YG TERPILIH....

abg,

     terima kasih atas segala-galanya...tunggu adik kt sana k....
insyaallah kita akn bertemu.....adik sayang abg.....tp kini kehadiran HADZIQ adalah segala-galanya...
wajahnya iras abg tp adik harap HADZIQ akn membesar dan menjadi insan semulia abg....

insyaallah...adik jnji adik akn berusaha untk berjaya mcm abg....